Wednesday, October 22, 2008

Mari Belajar bersama ADAM



About Adam ;-

Adam sekarang kat rumah asyik nak "speaking ngan akak so akak kena melayan dia bercakap yg non stop tu ... he he tak perlah at least dia nak belajar kan

ni conversation akak ngan dia last week :-

Adam : ibu "kalau kita jalan " dlm english apa ??
Ibu : "Walking"
Adam : ibu wait ahh .. i cannot faster2 coz i'm walking!!! ha ha berterabur english kau nak oiii.. - akak suruh dia kemaskan toys dia yang bersepah .
Adam : ibu , " gemuk dalam english apa??? - huh mesti nak ngutuk akak lah tu
Ibu : " fat" dear
Adam : ibu ... ha ha " U Are Fat ibu!! ..ho hi adam mengutuk ibunya
Ibu : sampai hati
ADam : kurus apa yer ibu ???
Ibu : Thin dear
Adam : PAk Uda - merujuk kpd pakciknya yang kurus - u are thin adn kempis Pak Uda !!!
.. ha ha
ketika mandi dalam bilik air , waktu nak gosok gigi akak baru tersedar ubat gigi dia dah terbuang so akak cakaplah kat dia " adam guna ubat gigi ibu jer lah ( colgate )
sambil menggosok gigi dia berkerut2 ..
Adam : ibu , " pedas apa ibu ??
Ibu : " spicy ... why ??
Adam : Ibu , i'm spicy !!!!!!!!!!!!!
ha ha ha ... pecah perut kami malam tu ..
adam , adam keletahmu betul2 membahagiakan kami

Wednesday, October 15, 2008

My true story Part 3

About Me :-
My true story part 3:-
Selepas kandungan akak mencecah 6 bulan akak menjadi semakin malas nak fikir pasal Ex.. dia dah buat rumah kami macam hotel jer.. balik sesuka hatinya .. bayangkan dalam keadaan yang mengandung, akak pergi kerja sendiri, pandai2lah akak nak g kerja. Nak makan pun guna duit sendiri .. sedih jangan ceritala kan .. tapi akak kena kuat… kena kuat utk bayi yang akak kandung ni.. nak menangis sudah kering airmata so akak kuatkan semangat..
Masa tu jugak akak sedar memang Ex memang dah semakin mengabaikan akak zahir dan batin ..Entahlah akak terfikir nak mengadu kat mak ayah akak di kampong tapi akak taknak susahkan hati mereka .. so akak pendam semuanya dalam hati akak .. akak hanya mampu melihat dan berdoa..
Masa tu jugak segala persiapan menyambut akak belum beli .. alhamdulilah akak ada menyimpan sedikit wang .. dan dalam sarat2 akak membeli belah sendirian .. akak tawakal dan redha jer lah.. masa tu melihat pasangan membeli belah bersama hati akak hancur dan luluh .. tapi akak harus tabah .. kerana akak tau semua ni baru permulaan
Alhamdulilah nasib akak baik sebab masa kerja ofismate akak treat akak special so cakaplah nak makan apa semua dapat .. alhamdulilah memang rezeki Adam kan
Ketika usia kandungan akak mencecah 32 minggu kerana stress yang melampau akak “bleeding” .. akak terus call mak akak di kampong .. syukur mak sudi menemani akak di sini .. akak diberi cuti sakit hingga 2 minggu so masa tu akak betul2 berlakun depan mak akak .. berlakun seolah olah tiada apa yg berlaku dan berlakun kononnya akak bahagia walau pada hakikatnya akak amat menderita …
Hinggalah kandungan akak mencecah 34 minggu akak bleeding lagi kali ini agak teruk dan sakit2 mula datang … masa tu Ex bekerja .. dan mak akak call suruh balik dan bawak akak ke hospital..
Di hospital selepas melakukan pemeriksaan akak dimasukkan ke wad .. dan doctor memberitahu akak akan melahirkan bila bila masa jer…selama 12 jam bergelut akhirnya akak selamat melahirkan adam melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Taman Tun Dr Ismail ..
Selepas sedar Ex boleh bengang ngan akak kerana dia tak der duit nak bayar !!!! akak muka selamba cakap .. u ikhtiarlah … mana pergi duit u selama 9 bulan ni ?? dahlah makan pakai I u abaikan .. dahlah barang2 baby I belikan .. so ??? walau masa tu masih sakit kesan dr pembedahan akak dah nekad akak cakap “ u pandai2lah cari sendiri… Selama ni u tak pernah ambik tau pasal I dan anak I … dia berlalu meninggalkan akak
Selepas keluar wad.. dgn persiapan yang tak seberapa akak cuba melaluinya .. masa tu akak dah dapat rasakan hubungan ini akan berakhir tapi akak malas nak fikir dah..
Adam lahir cukup comel ( semua baby comel kan ) .. akak terlalu excited membelai dia .. mak akak lagilah habis sedara mara dia telefon bgtau betapa comelnya cucu dia .. huh u … excited sungguh .. cukup 5 hari akak sibuk ngan adik lelaki akak menulis beberapa nama yang sesuai dgn si adam nama yang akak betul2 berkenan masa tu “ Adam Haikal “ akak cukup suka nama tu .. so akak bg kat ex .. rupanya si setan ini telah meletakkan nama adam – Wan Muhammad Muzammil “ .. bayangkan perasaan akak masa tu .. frust jangan ceritalah .. dia boleh cakap “ suka hati akulah !!! “.. ho ho betapa setannya dia kan … tapi akak panggil juga Adam walau dlm surat beranak tertulis nama lain.. he he
Cukup Adam seminggu akak minta nak balik kampong sebab akak tak sanggup duk situ .. dahlah dia tak layan dan ambil tau pasal akak .. so akak nekad balik kampong .. mak akak balik dulu dgn bas membawa barang2 Adam ..
Dia belikan akak flight tiket.. masa antar ke KLIA ..dulu AirAsia kat sana kan .. bayangkan betapa jauhnya akak berjalan dgn keadaan yang masih sakit mendukung Adam yang masih merah Ex hanya ya menghantarkan akak hingga ke luar pintu masuk jer selepas tu dgn bayi yang masih merah akak check in sendiri.. nasib akak baik sebab bertemu dgn ofismate akak yg menghantar ibunya dan kebetulan menaiki flight yg sama dgn akak .. ibu dia yang mendukung adam masa itu .. dan ex akak terus hilang begitu sahaja .. tanpa kucupan sayang tanpa pesan dan hari itulah hari terakhir Adam melihatnya dan hari itulah hari terakhir akak mencium tangannya dan mulai hari itulah dia menghilang bersama pompuan sundal itu..
Melalui tempoh berpantang di kampung akak betul2 menguji katabahan dan kekuatan akak.. Ex tak pernah call, sms atau ambik tau ;pasal akak dan Adam .. adik beradik mak ayah , sedara mara dah mula bertanya pasal Ex .. akak malas nak rungsingkan kepala dan jiwa akak.. akak bernasib baik kerana mak da semua family melayan akak macam puteri .. he he .. masa adam lahir seminggu sebelum puasa so akak melalui tempoh berpantang ketika umat islam berpuasa .. huh !! mak akak pulak jenis yang very straight sangat2 .. makan catu .. akak kan operation so hari2 kena telan ikan haruan , makan pati gamat .. semua mendalah..seksanya tuhan saja yang tahu tapi akak ikut sebab akak tak nak mak akak berleter.. he he.. dan Ex akak terus menyepi ( rupa2nya tgh syok planning nak kawin ngan pompuan sial tuh !!!) .. ho ho
Akak masih ingat lagi akak call kat opis Ex bertanya kan pasalnya ..Staff dia cakap dia bercuti rupa2nya dia dok buat maksiat ngan pompuan tu

to be continue...

HAPPY BIRTHDAY ADAM





About Adam :-
16/10/2003
5 tahun dahulu … waktu ni kau dilahirkan.. 5 tahun dahulu ibu bergelut melahirkan mu ..
5 tahun dahulu …. Ayahmu menunjukkan wajah “tidak ceria “ ketika kau dilahirkan
5 tahun dahulu ….. Ayahmu asyik bersms dengan orang yang merosakkan hubungan kita
5 tahun dahulu … .. kelahiranmu dinantikan oleh Atuk dan Nenekmu malah dinantikan oleh pakcik dan makcik mu..
5 tahun dahulu …. Kau keluar dari rahim ku dengan seberat 3.9 kg hingga menyebabkan perut ibumu ini ditoreh di bilik bedah

Selamat Hari lahir sayang … Semoga kau menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat dan Semoga kau menhargai setiap pergorbanan Ibu membesarkan mu

Adam
I LOVE YOU SO MUCH

Tuesday, October 14, 2008

Adam ..how time flies



RAYA




About Raya :-

Seperti sebelumnya bila time raya akak akan balik 2 3 hari awal .. sebab nak rasa berpuasa kat kampung.. seronoknya... tak sabar rasanya nak makan masakan mak kan..
Adam lagilah balik kampung peluang dia nak main segala bagai kat kampung .. boleh main sesuka hati ngan cousinnya Ceera .. huh tak der siapa nak marah .. buat apa pun tak der sapa nak larang .. ho ho ..
Raya juga peluang akak untuk round kampung collect duit raya adam .. he he agenda yang pastinya akan di tunggu2 ...
Adam pulak makin besar , makin cheeky dan makin pandai membilang duit raya .. itu
yg seronoknya .. melihat keletahnya dan gelagatnya ..

About Me :-
Banyak sangat nak update tapi akak tak der masa dan terlalu banyak kerja nak kena buat .. hu hu .. tak menang tangan rasanya .. maklumlah dah akhir tahun kan so banyak menda kena buat ..

so minta maaf semua yer

About Adam :-
Semalam Adam mendapat ijazah tadikanya yang pertama .. alhamdulilah Adam dan semakin memahami erti belajar ,, erti g sekolah .. erti berkawan ,, Dan buat sekian kalinya akak menangis dalam hati melihat Adam mendapat sijilnya tanpa pelukan seorang yg bergelar "bapa:"... nasib mu nak... ibu tak boleh buat apa.. apa ..tak perlah adam ibu sentiasa berada disisimu dan sentiasa di sampingmu ..
Tapi akak bersyukur alhamdulilah Adam semakin membesar dan semakin cerdik untuk memahaminya

Ramai yg bertanya pasal cerita akak.. insyallah akak akan sambung dan ramai jugak yg menangis membacanya .. untuk pengetahuan semua cerita tu baru 10% yer kawan2.. itu belum akak cerita semua lagi .. kalau akak cerita semua.. mesti semua terkejut ..
akak janji akan sambung cerita tuh .. cuma bglah masa kat akak untuk mengingatinya .. takut tertinggal .. he he

till then .. to be continue..

ALL ABOUT RAYA .. RAYA







SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN