Wednesday, October 22, 2008

Mari Belajar bersama ADAM



About Adam ;-

Adam sekarang kat rumah asyik nak "speaking ngan akak so akak kena melayan dia bercakap yg non stop tu ... he he tak perlah at least dia nak belajar kan

ni conversation akak ngan dia last week :-

Adam : ibu "kalau kita jalan " dlm english apa ??
Ibu : "Walking"
Adam : ibu wait ahh .. i cannot faster2 coz i'm walking!!! ha ha berterabur english kau nak oiii.. - akak suruh dia kemaskan toys dia yang bersepah .
Adam : ibu , " gemuk dalam english apa??? - huh mesti nak ngutuk akak lah tu
Ibu : " fat" dear
Adam : ibu ... ha ha " U Are Fat ibu!! ..ho hi adam mengutuk ibunya
Ibu : sampai hati
ADam : kurus apa yer ibu ???
Ibu : Thin dear
Adam : PAk Uda - merujuk kpd pakciknya yang kurus - u are thin adn kempis Pak Uda !!!
.. ha ha
ketika mandi dalam bilik air , waktu nak gosok gigi akak baru tersedar ubat gigi dia dah terbuang so akak cakaplah kat dia " adam guna ubat gigi ibu jer lah ( colgate )
sambil menggosok gigi dia berkerut2 ..
Adam : ibu , " pedas apa ibu ??
Ibu : " spicy ... why ??
Adam : Ibu , i'm spicy !!!!!!!!!!!!!
ha ha ha ... pecah perut kami malam tu ..
adam , adam keletahmu betul2 membahagiakan kami

Wednesday, October 15, 2008

My true story Part 3

About Me :-
My true story part 3:-
Selepas kandungan akak mencecah 6 bulan akak menjadi semakin malas nak fikir pasal Ex.. dia dah buat rumah kami macam hotel jer.. balik sesuka hatinya .. bayangkan dalam keadaan yang mengandung, akak pergi kerja sendiri, pandai2lah akak nak g kerja. Nak makan pun guna duit sendiri .. sedih jangan ceritala kan .. tapi akak kena kuat… kena kuat utk bayi yang akak kandung ni.. nak menangis sudah kering airmata so akak kuatkan semangat..
Masa tu jugak akak sedar memang Ex memang dah semakin mengabaikan akak zahir dan batin ..Entahlah akak terfikir nak mengadu kat mak ayah akak di kampong tapi akak taknak susahkan hati mereka .. so akak pendam semuanya dalam hati akak .. akak hanya mampu melihat dan berdoa..
Masa tu jugak segala persiapan menyambut akak belum beli .. alhamdulilah akak ada menyimpan sedikit wang .. dan dalam sarat2 akak membeli belah sendirian .. akak tawakal dan redha jer lah.. masa tu melihat pasangan membeli belah bersama hati akak hancur dan luluh .. tapi akak harus tabah .. kerana akak tau semua ni baru permulaan
Alhamdulilah nasib akak baik sebab masa kerja ofismate akak treat akak special so cakaplah nak makan apa semua dapat .. alhamdulilah memang rezeki Adam kan
Ketika usia kandungan akak mencecah 32 minggu kerana stress yang melampau akak “bleeding” .. akak terus call mak akak di kampong .. syukur mak sudi menemani akak di sini .. akak diberi cuti sakit hingga 2 minggu so masa tu akak betul2 berlakun depan mak akak .. berlakun seolah olah tiada apa yg berlaku dan berlakun kononnya akak bahagia walau pada hakikatnya akak amat menderita …
Hinggalah kandungan akak mencecah 34 minggu akak bleeding lagi kali ini agak teruk dan sakit2 mula datang … masa tu Ex bekerja .. dan mak akak call suruh balik dan bawak akak ke hospital..
Di hospital selepas melakukan pemeriksaan akak dimasukkan ke wad .. dan doctor memberitahu akak akan melahirkan bila bila masa jer…selama 12 jam bergelut akhirnya akak selamat melahirkan adam melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Taman Tun Dr Ismail ..
Selepas sedar Ex boleh bengang ngan akak kerana dia tak der duit nak bayar !!!! akak muka selamba cakap .. u ikhtiarlah … mana pergi duit u selama 9 bulan ni ?? dahlah makan pakai I u abaikan .. dahlah barang2 baby I belikan .. so ??? walau masa tu masih sakit kesan dr pembedahan akak dah nekad akak cakap “ u pandai2lah cari sendiri… Selama ni u tak pernah ambik tau pasal I dan anak I … dia berlalu meninggalkan akak
Selepas keluar wad.. dgn persiapan yang tak seberapa akak cuba melaluinya .. masa tu akak dah dapat rasakan hubungan ini akan berakhir tapi akak malas nak fikir dah..
Adam lahir cukup comel ( semua baby comel kan ) .. akak terlalu excited membelai dia .. mak akak lagilah habis sedara mara dia telefon bgtau betapa comelnya cucu dia .. huh u … excited sungguh .. cukup 5 hari akak sibuk ngan adik lelaki akak menulis beberapa nama yang sesuai dgn si adam nama yang akak betul2 berkenan masa tu “ Adam Haikal “ akak cukup suka nama tu .. so akak bg kat ex .. rupanya si setan ini telah meletakkan nama adam – Wan Muhammad Muzammil “ .. bayangkan perasaan akak masa tu .. frust jangan ceritalah .. dia boleh cakap “ suka hati akulah !!! “.. ho ho betapa setannya dia kan … tapi akak panggil juga Adam walau dlm surat beranak tertulis nama lain.. he he
Cukup Adam seminggu akak minta nak balik kampong sebab akak tak sanggup duk situ .. dahlah dia tak layan dan ambil tau pasal akak .. so akak nekad balik kampong .. mak akak balik dulu dgn bas membawa barang2 Adam ..
Dia belikan akak flight tiket.. masa antar ke KLIA ..dulu AirAsia kat sana kan .. bayangkan betapa jauhnya akak berjalan dgn keadaan yang masih sakit mendukung Adam yang masih merah Ex hanya ya menghantarkan akak hingga ke luar pintu masuk jer selepas tu dgn bayi yang masih merah akak check in sendiri.. nasib akak baik sebab bertemu dgn ofismate akak yg menghantar ibunya dan kebetulan menaiki flight yg sama dgn akak .. ibu dia yang mendukung adam masa itu .. dan ex akak terus hilang begitu sahaja .. tanpa kucupan sayang tanpa pesan dan hari itulah hari terakhir Adam melihatnya dan hari itulah hari terakhir akak mencium tangannya dan mulai hari itulah dia menghilang bersama pompuan sundal itu..
Melalui tempoh berpantang di kampung akak betul2 menguji katabahan dan kekuatan akak.. Ex tak pernah call, sms atau ambik tau ;pasal akak dan Adam .. adik beradik mak ayah , sedara mara dah mula bertanya pasal Ex .. akak malas nak rungsingkan kepala dan jiwa akak.. akak bernasib baik kerana mak da semua family melayan akak macam puteri .. he he .. masa adam lahir seminggu sebelum puasa so akak melalui tempoh berpantang ketika umat islam berpuasa .. huh !! mak akak pulak jenis yang very straight sangat2 .. makan catu .. akak kan operation so hari2 kena telan ikan haruan , makan pati gamat .. semua mendalah..seksanya tuhan saja yang tahu tapi akak ikut sebab akak tak nak mak akak berleter.. he he.. dan Ex akak terus menyepi ( rupa2nya tgh syok planning nak kawin ngan pompuan sial tuh !!!) .. ho ho
Akak masih ingat lagi akak call kat opis Ex bertanya kan pasalnya ..Staff dia cakap dia bercuti rupa2nya dia dok buat maksiat ngan pompuan tu

to be continue...

HAPPY BIRTHDAY ADAM





About Adam :-
16/10/2003
5 tahun dahulu … waktu ni kau dilahirkan.. 5 tahun dahulu ibu bergelut melahirkan mu ..
5 tahun dahulu …. Ayahmu menunjukkan wajah “tidak ceria “ ketika kau dilahirkan
5 tahun dahulu ….. Ayahmu asyik bersms dengan orang yang merosakkan hubungan kita
5 tahun dahulu … .. kelahiranmu dinantikan oleh Atuk dan Nenekmu malah dinantikan oleh pakcik dan makcik mu..
5 tahun dahulu …. Kau keluar dari rahim ku dengan seberat 3.9 kg hingga menyebabkan perut ibumu ini ditoreh di bilik bedah

Selamat Hari lahir sayang … Semoga kau menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat dan Semoga kau menhargai setiap pergorbanan Ibu membesarkan mu

Adam
I LOVE YOU SO MUCH

Tuesday, October 14, 2008

Adam ..how time flies



RAYA




About Raya :-

Seperti sebelumnya bila time raya akak akan balik 2 3 hari awal .. sebab nak rasa berpuasa kat kampung.. seronoknya... tak sabar rasanya nak makan masakan mak kan..
Adam lagilah balik kampung peluang dia nak main segala bagai kat kampung .. boleh main sesuka hati ngan cousinnya Ceera .. huh tak der siapa nak marah .. buat apa pun tak der sapa nak larang .. ho ho ..
Raya juga peluang akak untuk round kampung collect duit raya adam .. he he agenda yang pastinya akan di tunggu2 ...
Adam pulak makin besar , makin cheeky dan makin pandai membilang duit raya .. itu
yg seronoknya .. melihat keletahnya dan gelagatnya ..

About Me :-
Banyak sangat nak update tapi akak tak der masa dan terlalu banyak kerja nak kena buat .. hu hu .. tak menang tangan rasanya .. maklumlah dah akhir tahun kan so banyak menda kena buat ..

so minta maaf semua yer

About Adam :-
Semalam Adam mendapat ijazah tadikanya yang pertama .. alhamdulilah Adam dan semakin memahami erti belajar ,, erti g sekolah .. erti berkawan ,, Dan buat sekian kalinya akak menangis dalam hati melihat Adam mendapat sijilnya tanpa pelukan seorang yg bergelar "bapa:"... nasib mu nak... ibu tak boleh buat apa.. apa ..tak perlah adam ibu sentiasa berada disisimu dan sentiasa di sampingmu ..
Tapi akak bersyukur alhamdulilah Adam semakin membesar dan semakin cerdik untuk memahaminya

Ramai yg bertanya pasal cerita akak.. insyallah akak akan sambung dan ramai jugak yg menangis membacanya .. untuk pengetahuan semua cerita tu baru 10% yer kawan2.. itu belum akak cerita semua lagi .. kalau akak cerita semua.. mesti semua terkejut ..
akak janji akan sambung cerita tuh .. cuma bglah masa kat akak untuk mengingatinya .. takut tertinggal .. he he

till then .. to be continue..

ALL ABOUT RAYA .. RAYA







SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Wednesday, August 6, 2008

inilah cahaya hati ku





seorang bapa..

inilah anakmu yang kau abaikan sejak dia lahir hingga ke hari ini..
tidak terdetikkah hatimu untuk menatapnya , menciumnya , membelainya seperti seorang ayah ??? kenapa kau abaikan anakmu sendiri ?? bahagiakah hidupmu kini ??? lihatlah anakmu ini sudah membesar seperti anak orang lain malah dia bertuah kerana semua org kagum dgn kekuatannya , kecomelannya dan keletahnya ... tidakkah kau teringat kan dia ?? anakmu yg tak pernah merasa suapan dari bapanya sendiri? tak pernah merasa dimandi oleh bapanya sendiri ??? tak pernah merasa manjanya dan kasihnya seorang bapa???tak pernah merasa pimpinan bapanya ?? tak pernah mencium tanganmu di pagi raya.. menyebut namamu seumur hidupnya ...
tau kah kau dia menganggap kau sudah mati dan terkubur dalam hidupnya ?? jangan salahkan dia kalau satu masa nanti kau akan mencarinya dan waktu itu aku dan dia telah lama membuangmu dalam hidup kami??

My true story Part 2

ok ok ...
akak sambung cerita
firstly , akak minta sesiapa jgan salah anggap yer.. apa yang akak akan ceritakan ini agak lucah ker apa.. tapi semua ini bukan rekaan , telenovela ker apa yer.. semua ni benar belaka .. hanya tuhan saja yang tau.. so terpulanglah pda korang semua nak percaya ker apa .. terpulang .. akak tak paksa ... ini hanya memori yg paling buruk dalam hidup akak ..
after married :-
selepas selamat semuanya .. masa tu akak rasa happy ( yelah baru kawin kan ).. seronok tuhan saje yang tau ... kami balik KL... masa tu akak realised something ...rupa2nya dia tak der tempat nak tinggal.. malas nak panjangkan cerita akak ikut jer cakap dia duk bililk sewa.. masa tu kami sewa bilik yg fully furnised kat Damansara Kim.. ohh .. masa tu jugak akak tau dia sehelai sepinggang .. langsung tiada simpanan, tiada barang2 sampaikan iron baju pun takder.. Tvsemua jangan mimpilah ... akak kecewa sangat2.. tapi akak terima kerana akak fikir mungkin selama ni dia dok tanggung family dia.. ( mak bapak dia memang org susah ) ...nasib baik masa bujang akak adalah barang sikit2.. tapi Tv semua kena beli coz dulu masa akak bujang semua barang kongsi kan ..hmm so semua tu akak beli guna duit sendiri ( hutang ha ha ... ) then kami teruskan hidup macam suami isteri lain...
selepas 2 3 bulan stay menyewa akak cakaplah kat dia sampai bila kita nak menyewa jer kan ... dia senyap jer.. selamba cakap takder duit .. cehhh!!! sakitnya hati akak.. akak sound dia.. " u ni manager bank tak kan takder duit !! " dia diam jer..
so selepas mencari dan mencari kami pun pindahlah ke bandar sri damansara .. menyewa apartment kecik yg kosnya RM500 sebulan.. ha masa ni memang akak tak bagi can .. biar dia tanggung semua ... dia bayarkan sewa rumah, kereta then akak akan top up makanan dalam rumah .. barulah fair kan.. dia bengang jer.. dan sejak itu hubungan kami jadi dingin .. amat dingin.. akak terpaksa berlakun depan semua orang depan mak ayah , depan family , depan kawan2 macam kami bahagia walau hakikatnya dia memang semakin jauh dgn akak .. hinggalah suatu hari akak dapati akak mengandung ... ( akhir bulan dec rasanya )... akak excited giler call dia bgtau tapi dia bengang boleh cakap " kita dahlah tak der duit " macamana ni !!! what!! the stupid !! masa tu akak bengang sangat .. akak menangis kenangkan bayi dalam perut ... dia boleh bgatu akak "pandai2lah u .. u yg nak mengandung kan "" .. so since then , sejak ari itu akak menjaga dan membelai adam dari dlm kandungan seorang diri, tanpa kasih seorang suami .. hati akak masa tu dah kering dah .. akak redha sebab akak pikir dia akan berubah tetapi rupanya tidak .. dia makin teruk.. akak terus diabaikan .. bayangkan dia ignore akak sejak akak pregnant .. entahlah hanya tuhan sajer yang tau ..
dan sejak itu jugak , dia selalu balik malam , sejak itu jugak akak perasan dia sengih sorang2.. akak berdoa minta tuhan tunjukkan segalanya ... masa tu jugak dia berjinak2 buat MLM yang " KITA HEBAT!!! " tapi macam hampeh .. dia selalu lepak umah upline dia buat business prospek yg ntah apa2.. paksa akak join dalam keadaan akak yang sarat2 ni .. tapi akak malas nak layan ..

hingga kandungan akak mencecah bulan ke 6 .. perangainya makin teruk ..:-
1) akak pergi check up sorang2 .. dia taknak temankan kata sibuk tak sempat .. padahal dia duk berdating dgn awek baru...hampeh!!!
2) balik malam2 kata jumpa upline - padahal jumpa awek sial tuh!!
3) akak teringin nak makan macam2 - dia taknak temankan .. sanggup bungkus bgtau pompuan sundal tu kakak dia mengidam !!!.. Setan!!!
4) ari sabtu ahad keluar cakap nak g jumpa client baru - padahal jumpa pompuan sial tu .. berdating !!! memang setan!!
5) sakit demam akak langsung tak ambil tau.. -namanya tengah bercinta kan ...
6) bila balik dok nyanyi2 ... akak tanya kenapa ?? " i dpt client baru!! - padahal baru sudah "main " ngan pompuan sundal tuh!!!
7) akak makan , masak sorang2 dia kata tak payah tunggu - padahal dah dinner ngan pompuan sial tuh!!
8) akak nak balik kampung rindu mak dia kata tak der cuti , takder duit - padahal duit dah abis kat pompuan tu !!!
9) bawak telepon malam2 keluar - ho ho bergayut dgn pompuan tuh!!
10) akak bau perfume baru - dia cakap tadi org jula perfume sembur kat dia ... ho ho padahal baru sudah beromen ngan betina tuh!!
masa tu betapa bodohnya seorang isteri macam akak percaya bula2 cakap dia ... akak hanya mampu tunggu dan lihat, akak hanya mampu melihat perbuatannya ... entajlah akak tak tau nak buat apa masa tu .. akak hanya fikirkan anak dlm kandungan jer

bersambung ... he he ...

Monday, August 4, 2008

Adam - still my little boy ..








terjumpa pic ni masa adam umur 1thn++.. hmmm betapa cepatnya masa berlalu ..now adam .. dah nak masuk 5 thn .. dah sekolah dah.. dah pandai mengeja, mengira, pandai melawan , pandai bercakap, pendek kata dah pandai ngan ibu , pakcik2nya ...
kalau dulu suka dipeluk , dicium , sekarang bila nak peluk, cium dah tak boleh.. hu hu.. " adam dah besarlah ibu""".. malu!! .. alahai ... sedihnya hati ini
adam yang tak pernah kenal insan bergelar bapa,.. tak pernah mendapat sentuhan kasih sayang seorang " bapa"... tidak pernah menyebut " ayah " dlm hidupnya ... tidak pernah di panggil " anak " oleh bapanya ... ..
buat "si dia".. tidak pernah kah terlintas di hati mengingati walau sedetik .. kepada seorang " anak " yang lahir dari benihmu yang suci??? ... tidak pernah kah??
adam .. yang hanya kenal, atuk, nenek, pak ngah, pak uda, pak teh, pak cik, achik, ucu, ibu.untie2, uncle..
adam yang hanya kenal ibunya .... tiada istilah "bapa" dalam hidupnya
adam..
semoga kita sama kuat menghadapi apa jua cabaran yang datang .. be good boy yer sayang!!! ..


majlis dah selesai


24/07/08 - akak order mini cupcakes from Shalia Treats.. yummy!! sedap sangat ... akak order lebih utk kami makan .. hu hu semua adam tibai!!! adam siap cakap " yummy ibu!!








Alhamdulilah akhirnya majlis kawin adik akak dah selesai.. pergghh!! lega !! tunggu next kenduri pulak kat umah akak kat terengganu ... 16 august .. hopefully everything is goes well.. insyallah

Sedihnya 1 week before majlis tu akak kena demam panas.. suara semua tak keluar .. hu hu hu ... orang lain nak kawin, akak yang demam ... tension sangat .. nasib baik mak ayah datang boleh tengokkan si Adam yang lasaknya tuhan saja yang tahu ... hinggalah hari kenduri barulah demam dan tekak akak ok skt ..akak mc since 23 -24 / july .. asyik duk umah jer.. nak bangun pun tak larat dah ..


25/07/08

adik akak G nikah lepas asar.. so after siap2 semua .. kami bergerak ke masjid.. tunggu pak imam punyalah lama .. kami dah cuak dah . tension sangat masa tu ... at last kat pkl 5.30 pm pak imamdatang.. adik akak G dah muka lain macam .. nervous tuh!!! ...
selepas a few sessi soal jawab yang mampu membuat kan adik akak berpeluh 2 dengan sekali lafaz, sahlah nikah G & Jue .. alhamdulilah.. lega kami ..
kat umah pengantin kami dihidangkan dgn makan malam .. nasi putih, asam pedas ikan tenggiri / parang , sayur campur dan ikan cencaru goreng ... akak makan sikit jer coz tak der selera ... tekak semacam jer..

26/07/08
selepas lunch kami keluar nak g ke taman medan nak jemput cousin ayah akak utk kenduri dan menziarahinya yang tak berapa sihat .. tapi kerana jem yg maha teruk kat klang kami terpaksa patah balik lepak kat bandar klang jer ...shopping selipar adam dan makan cendul .. best sangat!!! ..
malam tu pihak perempuan adakan majlis berinai siap dgn bunga api, kompang dan sesi menepung tawar., wah!! teruja kami sekeluarga melihatnya.. adam dan cra apalagi seronok bukan mainlah .. main2 dan main jer ... family akak lagilah coz kat terengganu majlis nikah tak semeriah kat sini .. tu yang seronok tu,. malam tu kami dijamu nasi lemak sambal sotong, rendang nangka, ikan bilis kacang , kangkung celur dan timun dan telur.. best.. hilang diet ku huh!!

27/07/08
majlis kenduri / sanding diadakan pulak ...huh!!! makan besar lagi .. akak jempunt kawan2 rapat akak .. kami berkonvoi ramai2 ... lauk kenduri nya mewah sungguh .. nasi jagung , dalca/ gulai daging , daging masak hitam ( superb!) , ayam masak merah , acar .. kami sekeluarga makan sama ngan pengantin .. macam2 lah ada kan ... siap yam golek lagi.. memang best sangat ...
si Adam asyik melantak telur jer.. orang bg bunga telur dia ambik telur jer.. hish!! sabar jerlah si Adam ni

end of the day .. kami semua berpuashati dengan layanan . makanan yang diberikan .. pendek kata puaslah kami makan sepanjang 3 hari majlis berlangsung..

end up jugak berat akak naik 500gram.. hu hu .. hu macamana nak turunkan lemak ni .. tension







Tuesday, June 24, 2008

work work ..

Aduh!! dah lama tak update tuh!! sorry , akak benar2 sibuk sesangat since last week ...
banyaknya kerja sangat.. terkejar buat kerja .. hish!! nak buat macamana kan namanya kerja

About me ;
Since khamis last week akak pack coz company akak ada event ari jumaat.. so banyak mender kena buat .. akak incharge invitation so asyik buat call jer lah invite org sana sini.. bila call orang sana sini minta diorang attend kami punya event .. yang tensionnya bile time datang esok takut diorang tak turn up jer.. habislah akak

Friday
After lunch akak ngan a few team pergi Saloma Bistro utk event tu.. kami pergi ngan company transport.. jalan jem giler!!berpeluh2 kami kat dlm van tuh.. tension giler.. event start kul 3.00 tapi pkl 3.00 kami still stuck lagi .. hu hu .. boss akak kejap2 telefon bila nak sampai ?? at last kami sampai lewat setengah jam.. thanks god.. sampai jer kat sana client dah memenuhi dewan kat Bisto tu.. punyalah ramai orang sampai tak boleh masuk.. at last akak ngan geng2 akak lepak kat luar.. sambil cuci mata tgk makanan yg terhidang .. yg kelakarnya event tu temanya "raya" so makanan yg dihidangkan semuanya macam sambut hariraya ... wooo!! awal2 tak awal akak & geng dah makan macam2 kuih raya.. melantak tak ingat ... ada lemang, ketupat, satay, serunding rendang dan semua makanan rayalah .. best!!! kenyang perut.. door gift pun kami dapat lemang ngan serunding .. he he... event habis pkl 5.30 terus kami cabut balik coz akak stay kat PJ sure jem kan.. alih2 sampai umah kul 7.00 mlm..
Mlm tu kononnya nak tgk Euro ngan dik akak .. siap kunci jam.. bila bangun tgk setengah jam dah zzzz balik.. hampeh jer ...
sabtu
kami tak g mana .. lepak kat umah jer.. tgk tv , dvd.. malas nak keluar akhir2 bulan ni huh!! faham2 jerlah kan..
Ahad
adik lelaki akak ( yg nak kawin ) datang bwk adam g birthday party kawan dia.. apa lagi budak tu suka bukan mtererainlah.. balik agak lewat ... tapi yg pastinya adam happy..
Isnin
Achik Eka balik terenganu pagi ni ... akak tak boelh bayangkan macamana adam tanpa achik kesayangannya .. dia macam tau2 jer siap remind achik jangan pergi jauh2 .. sian gak kat dia .. tapi nak buat camner kan .. Achik dia memang ada kerja lagipun takkan belajar tinggi2 alih2 kerja antar adam g sekolah jer.. buang duit jer.. ha ha ha .. sorry achik akak gurau jer
bila balik sekolah petang adam mengamuk macam org hilang akal.. menangis tak henti2 .. tension akak .. puas pujuk .. tak jalan .. call Achik dia menangis .. kesian gak kat dia.. at last akak biarkan dia sejuk sendiri coz adam ni peel dia pelik skt .. lagi kita pujuk lagi dia nangis.. at last akak buat derk jer.. baru dia diam .. akak slow talk ngan dia .. alhamdulilah at last dia faham dan tak nangis lagi
selasa
thanks god he in good mood ... dah boleh terima kenyataan yg achik dia tak der .. lega akak siap nyanyi2 lagi bila g sekolah
today
adam dah ok.. siap cakap ngan akak dia tak kisah duk umah umii dia .. alhamdulilah

About adam ;
Isnin ari tu akak bawak g opis coz dia demam batuk.. selepas check up.. dan bagi ubat ... dia masih aktif seperti biasa // yang peliknya biasanya kalau kita makan ubat kita akan lalok kan tapi dia makin aktif.. sabar jer lah ... kat opis akak dia memang jadi perhatian coz keletahnya ... main , melompat jer kerjanya penat akak ... nasib baik dia tak kacau offismate akak buat kerja ,... cuma melompat dan buat bising jer ari ini .. sampai akak balik offis dia still lagi maintain ..entahlah

ari ni dia pergi rumah umi adam lupa bawak beg baju .. tertinggal kat sekolah
ni conversation akak ngan dia .. akak call dia tadi
ibu : adam kenapa lupa bawak beg??
adam : entahlah adam lupa ... lah ibu .. sorry eh
ibu: abih tu adam nak pakai apa nanti >??
adam : umi kata pakai baju sekolah lah ... padan muka adam kan ibu
ibu : ha ah ./. memang padan muka next time ingatlah beg tu ..
adam : adam main2 tadi tu yang lupa
ibu : whatever...
adam : ok lah ibu.. by love u ... nanti petang ibu ambik beg adam eh
ibu : esok jerlah
adam : oklah .. sorry
hmm keletahnya betul2 membuatkan akak lupa segalanya ...
adam
ibu love u soo much sayang

till then .. chai yorrkkk

Tuesday, June 17, 2008

Cari duit ??

Adam ... I LOVE U SOO MUCH DEAR

About me ;


Cari duit ?? memang amat penting sekarang kan ... Dahlah sekarang semuanya naik ... huh!! gaji jer tak naik2.. semuanya kena pakai duit kan.. entahlah .. kalau akak ni anak orang kaya , datuk datin .. wah!!! born with silver spoon ... alhamdulilah.. tapi yang bebanornya bukan begitu.. akak ni gaji cukp2 makan jer..

Sejak akhir2 ni akak berminat dgn satu business ni.. entahlah ... in bukan skim cepat kaya, bukan direct selling, tak payah jual barang.. tapi more to E Dagang.. rasanya semua orang dah tau ... sebab ramai yang berjaya ... so , berbekalkan sdkt modal akak join business ni.. sekarang masih merangkak2 lagi.. insyallah moga2 adalah rezeki lebih lepas ni ...

kawan kawan .. nak tau ker?? ha!! kalau berminat nak join / nak tau message akak ... akak akan terangkan cara dan pulangannya .. ingat!! ni bukan Skim cepat kaya mcm kat internet tau.. bukan sama sekali ... Business ini memang telah didaftarkan dan diiktiraf oleh kerajaan kita.. in fact ramai silent millonaire kat luar sana dah sucess!!! so marilah kita sama2 merubah masa depan kita ... insyallah


About Adam ;

Budak bertuah memang energetic sungguh!! akak kekadang pelik dgn sikap dan telatah dia .. dulu doc pernah diagnose adam Hyperactive ( mild) .. tapi now dah ok skt ... cuma kekadang tu kita yang lihat dia pun penat ... melompat dan tak tau duk diam .. bayangkan , kalau budak lain balik sekolah sure penat kan.. ni tidak .. balik sekolah tenaga dia macam baru dapat suntikan vitamin rasanya .. asyik main , melompat2 dan lompat .. kalau duduk atas sofa dia akan duduk dlm keadaan tertonggeng .. dia tak akan duduk bersila mcm orang lain .. entahlah .. kena banyak sabar betul2..

kisah semalam :


ibu : adam , kenapa asyik melompat jer nih??? tak boleh ker satu hari adam duduk sopan2 diam skt.. pleaseee

adam: he he sambil terus tertongeng2 dan melompat kat sofa

ibu : hish!! degil lah adam ni ... ibu nak cari anak lain lain lah ... huh!! ibu rasa adam ni bukan anak ibulah .. ibu tertukar kot ( mcm cerita anakku bukan anakku kat TV3 ).. ibu nak call kawan ibulah cari anak ibu yang lain

adam: i'm sorry ibu.. ada sayang ibu ..terus peluk akak

diamlah sekejap.. he he menjadi gak akak punya auta ni ...


pagi ni masa akak bersiap nak g kerja dia datang ( tadika adam cutia ari ini ) .. tanya akak ngan selambanya

adam : ibu nak g work eh ??

ibu : yes dear .. adam duk umah eh .. ari ni adam cuti tau

adam : ibu,, confirm eh ibu nak cari baby lain ??? dgn muka cuaknya

ibu : tak confirm lagi ... kena fikir dulu ... he he

adam : tak payahlah ibu adam good boy lah .. ( takut!!! )

ibu : ok .. promise .. sayang ibu

terus dia datang dan kiss akak












Monday, June 16, 2008

My true story Part 1

Okey kawan kawan akak nak cerita pasal akak .. yer pasal hidup akak .. it's will take long time utk akak fikirkan ... tapi ini bukan utk menagih simpati yer.. hanya sebuah pengalaman pahit manis yang pernah akak lalui sepanjang sebelum kawin , dah kawin, cerai, hingga membesarkan Adam as single mother ... so maaf kalau ianya akan mengambil masa utk menghabiskan nya .. kalau ianya akan menyinggung perasaan sesiapa .. coz apa yang akak ceritakan adalah berdasarkan apa yang akak lalui hingga ke hari ini.. hanya yang mengalaminya saja akan memahaminya

About me ...
its will start from ;
6 years ago ... 2002
Akak kenal Ex melalui seorang kawan ,masa tu umur akak dah 29 thn ( dah tua ) .Akak menyewa di TTDI bersama seorang rakan Jue namanya .. Akak memang terkenal dgn sikap suka berkawan, akak ramai kawan dr luar sebab buklan setakat kat opis sahaja.. housemate akak pulak kebanyakkannya memang dari luar ( bukan satu opis ) so kami agak rapat .. every week keluar ( maklumlah zaman bujang kan.. tak der apa nak buat
That time akak couple dgn seorang mamat ni namanya “Jep” (nickname) .. kerja kat bank kat PJ. Jep ni belajar kat oversea .. masa tu dia baru start kerja setahun .. Jep muda dr akak 25 thn tapi dia ni matured .. anak bongsu dr 2 orang adik beradik.. handsome , putih melepak .. ( hish !! teringatlah pulak kan kan ) Mak dia ibu tunggal .. Jep ni kaki main bowling so kami agak kerap main bersama few couple yg lain ..so Ex selalu join gak.. tapi selalunya dia dtg ngan officemate dia ( lelaki ) so kiranya dia takder awek lah masa tu .. so kami just say hai jer.. bila time makan akak selalu notice yg kadang2 dia curi pandang kat akak ( masa tu akak cun, slim ,,, he he ).. tapi tak der cakap banyak coz Jep ni jealous orgnya .. so that it, akak kenal kat situ jer.. kami hanya jumpa 2 3 kali .. akak ngan Jep berkawan tak lama 4 bulan jer kot then putus coz akak tak tahan dgn sikap dia yg suka control akak , baran tak tentu pasal..lagipun dia ni kekadang macam banyak sangat problem.. kejap pasal kerjalah , mak lah.. so kami putus .. masa tu akak agak frust tapi akak kan vogue masih maintain .. he he he
Disebabkan tiada boyfriend akak tak banyak lah keluar umah lagi hanya jalan2 cari makan jer atau lepak kat umah ( wah jadi baik sekejap!!).. hinggalah satu hari ..............
Waktu tengahari masa tu akak ambil cuti rasanya ..biasalah waktu bujang mesti bangun lambat kan ..so kerana lapar akak g makan kat satu restoran yg agak terkenal di Tmn Tun.. Ex akak kerja bank kat Tmn Tun .. so kami terserempak selepas beberapa bulan tak jumpa.. so akak agak terkejut gak tapi akak cover kan diri ... so dia bagi kad kat akak suruh akak call dia.. akak ambil then diam ( wah!! Jual mahal tuh!! ) ..
Selepas beberapa hari kemudian kami jumpa lagi then kami bersembang sembang ... entahlah masa tu akak memang takder boyfriend so rasanya tak salah kan kalau akak berkawan tapi entah macam mana jadi lain pulak .. selepas 3 hari kami keluar sama , dia melamar akak ....

Ex : Yang jom kawin jer nak ???
Me : ???? biar betul u nih??
Ex : Betul tah.. i sayang dan cintakan u
Me : hmmm .. tengok ah kena tanya family i dulu ahh..
Ex : ok .. I ikut u balik kampong minggu ni .. kita jumpa family u ..
terkejut akak masa tu .. yelah baru kenal ajak kawin kan.. so akak minta fikir dulu ... dia senyap jer .. akak bgatau famliy kat kampung .. mereka excited sesangat coz akak anak sulung .. umur pun dah tua so mak akak bisinglah .. so Ex ni pandai sungguh mengambil hati mak ayah akak .. akak masih ingat lagi dia tunjukkan jawatannya kat bank. Tunjukkan wallet yg agak penuh duit huh!! So family akak berkenan lagipun sebelum ni bila akak berkawan asyik tak jadi jer so dia orang suruh cepat2 lah kawin ..
Bila balik kampung family akak terus terima pinagannya .. so masa tu perasan akak bercampur baur ... entahlah macam tak caya sebenanya .. tapi mungkin dah jodoh akak redha jerlah .. so kami dijangka kawin pada 31 august 2002 ..
Semuanya berjalan baik, hubungan kami ok jer.. Ex ni jenis yang diam , akak pulak mulut pot pet.. so rasanya bila akak bersembang .. dia hanya mengiakan .. semuanya indah .. maklumlah tengah bercinta kan..
Semua persiapan dah siap.. pelamin , khemah , catering ... hantaran .. masa tu excited dan rabak gak duit simpanan akak .. tapi sebab kawin terima jelah kan .. hinggalah suatu hari ..........
2 minggu lagi kami dijabkabulkan ...

Ex: hmmm i takder duit nak kawin...
Me : what??? Apa u nih ??>
Ex : betul .. i tak tipu... i takder duir ni..
Me : u ni betul2 hampeh tau!!! .. sampai hati , kenapa sekarang baru bgtau ??? kenapa nak main macam nih
X: terpulang lah ... ok kita kawin tapi simple jer..
Apa perasaan korang semua ?? 2 minggu lagi nak kawin tu.. ya allah apa akak nak cakap kat family akak .. so worst become worst akak taknak mak ayah akak malu so akak teruskan jugak .. akak tak tau mana dia dapat duit ... kami kawin ... dah jodoh kami.. akak cuba membahagiakan semua pihak..walau jauh disudut hati akak betul2 kecewa.. amat kecewa bila semua ni terjadi .. tapi entah lah ... akak hanya mampu berdoa .. rupanya its beginning ... from that day lah segalanya bermula .. ..
Dah akak harus tempuhinya walau pahit , teramat pahit ..
bersambung ......

About Adam ;
At last , dia dah jumpa Transformer dia.. seronok giler dia .. gara2 kereta tu dia cukup baik semalam buat kerja rumah.. dan menyiapkannya .. alhamdullilah ..
Melihat gelagat dan keletahnya cukup membuatkan akak terhibur.. dia lah segalanya buat akak sekarang

Till then ... chai york

Sunday, June 15, 2008

Banyak Cerita

Firstly maaf coz lama menyepi .. Actually banyak perkara yang berlaku akhir akhir ini …

About me ;
Rabu ;
Akak tak berapa sihat … kena migraine .. malam sebelumnya tak tidur .. dah cuba ambil ubat tapi tak jalan hingga ke pagi so akak terus g klinik panel ambik ubat dan ambik mc.. ingatkan boleh rehat sekejap rupanya tidak.. Bila Adam balik dari sekolah hilang masa rehat akak... melayan dia .. kesian gak akak tengok adik akak Achik melayan Adam yang keletahnya boleh tahan ,.. sabar jer lah kan

Khamis ;
Akak masuk opis macam biasa ... kena siapkan banyak menda coz semalam dah mc kan ... so banyaklah kerja yang kena buat kan .. Petang pulak start pukul 2.30 – 6.00 pm akak ada training kat Shah Alam.. Training mender kecik jer.. yg lebihnya geng2 akak buli trainer tu.. he he he .. kesian budak IT tuh ...

Jumaat ;
Company akak setiap tahun menganjurkan Karnival Sukan utk staffnya.. yang lawaknya kami akan dibahagikan mengikut rumah masing ( macam kita sekolah2 dulu.. ) Macam sukan yang ada .. Indoor dan Outdoor ..Indoor ( Carom , Dart, Chess , Congkak ) dsb
so kalau kawan2 semua nak tau akak adalah pemain congkak yang disegani … ha ha ha .. korang jangan gelak eh.. betul!! Akak ni 4 thn dah juara tau .. so tahun ni akak terpilih dlm rumah merah ..so first game utk carnival tu adalah congkak …
so after lunch akak main lah congkak … so seperti biasa akak akan MENANG!!! Diulangi MENANG!!! … korang jgn tak tau … ( riak ni !!)… tapi malangnya rumah akak kalah .. hu hu … yelah satu rumah ada 9 game so kalau yang menang hanya 4 game jer..huh!! kami kalahlah jawabnya … sian kat akak …
after game dah time balik.. bila fikir balik akak makan gaji buta jer 3 hari ni.. he he .. jahatnya akak kan ..

Sabtu ;
Kami dok rumah jer... sempena kempen berjimat cermat ni kami akan kawal pembelanjaan kami .. insyallah tak membazir .. masak pun lauk cukup2 jer .. yelah kalau sebelum ni nasi lauk banyak kami buang so from now on... akak dah buat rule masak nasi dan lauk2 cukup utk makan ... macam akak yang gaji ciput ni kena banyak berjimat.. akak kena budget untuk Adam lagi, rumah lagi.. semuanya akak .. insyallah setakat ni mampu ...

Ahad;
Fathers day ;
Membaca blog kat Kak Sya membuatkan akak terharu ... smepena hari bapa ni akak nak ucapkan Selamat Hari Bapa pada ayah akak yang tercinta yang berada nun di Terengganu .. Ayah akak bekas polis .. so as u all mesti tau kan bekas polis ni very strict .. memang ayah akak agak strict tapi syukur coz kerana ketegasannya membuatkan kami adik beradik berjaya dlm bidang masing2.. alhamdulilah .. “ terima kasih ayah ‘
Bercakap pasal hari bapa juga membuatkan airmata kak hamper mengalir bila mengenangkan Adam tak menganil bapamya sampai sekarang .. Ex akak tak pernah ambil tau pasal anaknya .. last 3 years masa Adam umur 1 thn lebih akak bawak dia jumpa bapaknya tapi entahlah .. binatang pun tau sayangkan anaknya kan.. tapi Ex tak pandang atau tegur pun anak dia malah dgn selamba cakap kat akak “ U yg nak anak ni kan .. pandai pandailah bela dia !!... hati akau masa tu hancur .. so akak cakap.. its ok … I tak nak jadi bodoh terhegeh2 kat u.. mulai sekarang Adam tak payah kenal bapanya … Hanya tuhan yang tau apa perasaan akak masa tu.. so till now , Adam tak kenal dan merasa kasih saying bapanya… dia hanya kenal pakcik2nya ( adik lelaki akak ) yang menyayangi Adam lebih dari segalanya .. akak redha pada tuhan .. biarlah .. biarlah akak dah penat nak merayu utk kasih saying seorang bapa pada anaknya..
Adam bertuah kerana semua orang menyayanginya .. ayah akak menatang Adam macam putera sampaikan dia naik lemak ..
Mungkin ada hikmahnya … So pada semua yang senasib dgn akak ..kita sebagai “single mother “ hanya kita yang tahu apa yang berlaku so kalau anak2 tak ingat pada bapanya satu hari nanti .. faham2 jerlah yer.. jangan put blame on him… setiap yang berlaku mesti ada hikmah dan balasannya ..
Actually akak dah malas nak cakap pasal ni .. buang masa , buang karan jer.. buat hati akak sakit, sebak adalah … biarlah masa yang menentukan segalanya

About Adam ;
Budak bertuah ni makin bijak berkata kata… hari hari ader jer cerita lawaknya … last month akak belikan mainan Transformer kat dia .. Adam ni suka menyepahkan mainannyer .. puas akak suruh simpan elok2 bila dah abih main .. mula2 dia dengar tapi sekejap jer .. so
Semalam Transformer dia dah hilang .. cari punya cari tak jumpa sampai sekarang.. ni conversation akak ngan dia

Adam : Please lah ibu Trnasformer Adam dah hilang ...
Ibu : Hish!! Siapa yang main ni ??? ibu mana tau ... Adam letak kat mana ??? ( kejamnya ibu Adam kan kan )
Adam : Entahlah .. Adam main2 .. terus hilang //
Ibu : Tu lah main kena simpan elok2 .. bila ibu cakap Adam taknak dengar .. see sekarang dah hilang kan... Ibu taknak belilah lain kali !!
Adam : Masalahnya Transformer tu dah hilang ibuuu!!! Adam nak buat camner ?? ( tinggikan suara tu!! ) ..
Akak terus diam .. malas nak layan dia hingga ke hari ni masa nak pergi sekolah dia sibuk suruh akak carikan .. entahlah pelik gak akak kat manalah mainan dia tu .. harap2 balik office karang jumpalah kereta tu ..

Semalam jiran sebelah rumah akak main layang yang cukup cantik so dia panggil Adam
Uncle Mie ; Adam tengok ni layang2 cantik terbang tinggi
Adam : Hish!! Bahaya tuh!! Dah tinggi kat sky .. carefull Uncle nanti langgar aeroplane tau!!
Ha ha ha ... apalagi Unce tu gelak besar bila dengar Adam cakap macam tu
Uncle Mie : Mana ada??? Pandai jer adam ni ...
Adam : Betull.. ( kebetulan ada kapal terbang lalu ) see see!!! Kan adam dah cakap .. nanti kena wing dia bahaya!! Nanti terbakar !! ...
Kami gelak jer tengok telatah dia .. sabar jerlah
Kat sekolah bila akak tanya cikgu dia .. Adam menunjukkan peningkatan dalam belajar. Dah kenal huruf dan boleh mengeja sukukata .. alhamdulilah Cuma dia agak malas jer.. nak buat camner kan .. akak dah cukup syukur coz at least dia dah banyak belajar

ok lah akak nak siapkan kerja dulu eh ..

till then .. chow cin chow'

Monday, June 9, 2008

JIRAN KU PSIKO!!!



Rumah jiranku yang psiko !!! he he ... ( akak berani letak coz dia duk umah jer.. rasanya dia tak pandai berblog macam kita .. he he

About me;
Tadi akak jenguk kat blog Kak Wani .. hmm dia cerita pasal jiran dia yang garang tu..macam2 lah pulak .. tapi kat sini akak nak bercerita pasal jiran akak yang psiko!!! Di ulangi ”jiran yang psiko!! ” ..
Akak pindah ke kawasan ini sejak tahun 2005 .. maknanya dah dekat 3 thn akak duk sini kan .. mula2 akak duk sini akak meyewa rumah 3 bilik (RM500 ) ngan 2 adik lelaki akak.. yelah nak hidup kat KL kena berjimat cermat kan.. tuan rumah akak ni seorang wanita pertengahan 50 an yang mempunyai 10 biji rumah sewa kat area rumah akak .. so bayangkan bulan2 dia dapat berapa??? Goyang kaki jer kan kan ... tuan rumah akak ni baik sangat2. anak dia pun semuanya ok ..
Ok berbalik dgn jiran akak ni rumah dia berhadapan dgn rumah akak .. dia masuk rumah tu bila mula kawin2 .. akak cuba bertegur sapa gak pada mulanya tapi dia buat derk jer. So prinsip akak bila orang buat tak tahu akak malas nak layanlah kan.. buang masa jer .. suaminya kerja kat kat Pusat Membelibelah sbg storekeeper / techinician rasanya .. pakai pun kancil biasa jer .. tapi lagak dia macam suami pegawai besar .. si Y ni mulanya kerja kat Guardian rasanya tapi bila pregnant dia berhenti kerja so duk rumah jerlah .. rumah akak kan ada 3 bilik so bilik depan adalah bilik adik lelaki akak.. ( kalau bukak tingkap memang nampak umah dia lah) akak duk bilik belakang.. so every morning akak akan masuk bilik adik akak utk pakai tudung sebab bilik depan terang skt tak macam bilik akak kat belakang gelap . Every morning jugak husband dia akan memanaskan enjin kereta kancilnya yang macam bunyi kereta sport car .. ha ha .. adik lelaki akak pulak bila dengar bunyi kereta akan bangun bersiap mandi utk g kerja ( kiranya bunyi kereta dia tu alarm lah!! ) so bila bangun sure kita akan bukak tingkap, jenguk2 tingkap kan.. yang lawaknya dia buat cerita kat jiran depan umah dia dan tuan rumah akak bgtau akak duk ngorat laki dia .. kata akak ni janda gatal ,.miang , beruk dan macam2 lagi.. hampeh betul!!! .. hello!! Kalau akak nak ngorat laki dia baik akak ngorat cikgu2 bujang sebelah umah akak dan depan umah akak ( sebelah umah dia ) ... barulah syok kan... akak bukan bodoh lah .. akak ada harga diri .. so since then ., bila dia nampak akak dia akan tarik tangan husband dia masuk cepat2... akan bergaduh kuat2 .. hish!! Tak kuasa akak nak layan dia.. bila akak duk depan umah dia akan tutup pintu kuat2 .. jerit2 macam orang giler.. bila ada apa2 funtion kat kawasan umah akak dia akan datang lambat coz dia tau akak akan join lama2 kat function tuh.akak pulak akan duk lama2 ala bersantai bila ada majlis kat situ .. biar padan muka dia .. ha ha .. ha...
Sekarang anak dia dah umur nak masuk 2 thn kot.. so bila nampak Adam dia akan sengih2.. senyum, panggil adam .. coz adam memang ramai kawan kat sini ... dia akan jerit penggil anak dia masuk dalam .. bengang betul akak.. apalah salah budak tu kan .. kesian betul akak .. every day bila akak balik dr kerja dia akan cepat2 masuk rumah .. tutup pintu rapat takut akak ngorat laki dia.. huh!! Tak kuasa aku!!! ...
Adik lelaki akak pun bengang giler bila tgk dia..
La ni akak malas nak layan dia .. lantaklah dia cakap apapun.. biarlah .yang penting akak tak pernah kacau hidup dia..

About Adam;-


bangun jer tidur , terus main game.. lihatlah aksi dia.. macam pro jer.. padahal akak tak pandai langsung bab2 game ni .. buat blog ni pun adik yg ajar

mulut sampai terkepit2 main game.. he he
semalam dia buat hal nak g sekolah kan .. hari ini mood dia baik.. alhamduliah siap nyanyi2 lagi nak g sekolah .. hish! sabar jer lah..

adik lelaki akak akan berkahwin pada akhir bln julai nanti so akak nak hadiahkan cupcakes utk hantarannya ,.. ader akak dah pernah try tapi huh! indah khabar dari rupa!!! rasanya tak sama ngan luarnya ... so kalau ada sesiapan yang boleh recomendkan cupcakes yang sesuai utk hantaran plz inform me... akak hargai sangat2..

ok .. akak stop dulu .. ader kerja nak disiapkan ..

till then .. chai york

Sunday, June 8, 2008

HARI MINGGU

Untuk tatapan Mak lang ;-

Tudung aspalila - RM80
Tudung Manjalara Datuk Ct - RM100

Tudung Manjalara 3 lines RM70

kalau berminat message akak eh ..

About Adam ;



lihatlah aksi Adam selepas menonton Kungfu Panda.. lawak giler.. dia nak jadi Sifuu katanya


selepas puas di pujuk dia buat gaya ni .. sabar jerlah


after tgk movie kami lunch kat Just Thai - Shell Crab with salad - RM19.90

Long Beans with spicy sambal - macam kacang goreng biasa jer .. he he

About me ;=




Bestnya kalau hari2 cuti kan.. seronoknya .. bangun lambat , makan tidur tapi sapalah kita kalau tak kerja kan.. bukannya duit tu jatuh bergolek ..


hish !apalah akak merepek ni kan.. okey now back to my story ;-




sabtu ;


lepas subuh, akak zzz.. then sedar2 dah pukul 10.00 pagi// haru!! tu pun bila adam dah bising2 kat akak ajak bfast .. hish sorry nak .. letih balik kampung tak abih lagi nih ...


kebetulan adik akak eka ( achik ) ada kat umah so dia take over kerja2 mengemas, cuci kain semua .. legaaa...akak buat nasi lemak ari tu.. so kami brunch terus ... malas nak masak dah .. ha ha..


lepas brunch kami lepak2.. tengok TV .. adam apalagi main dan main jer kerjanya sampai taknak makan .. sabar jerlah ..


hmm nothing special ari tu

ahad;

selepas bfast nasi goreng , kami ke The Curve coz nak tgk premier KungFu Panda yang akak cakap tempohari .. sampai dah dekat kul 11 am.. so terus masuk panggunglah ...

overall cerita tu akak bagi 5 star!!! memang best sesangat... comel jer bila Panda berkungfu

About Adam ;-

ari ni buat hal taknak g school.. aduh! pagi2 akak dah naik angin ngan dia .. yelah dah 2 minggu cuti kan so faham2 jerlah mood cuti lagilah tu.. puas pujuk .. menangis .tak nak g jugak.. last2 akak buat tak tahu ... yg lawaknya ramai pulak student kat kindergarden tu yang menangis all the way ke sekolah .. sabar jerlah









Wednesday, June 4, 2008

Anakku Adam

adam sekarang makin membesar ... lihatlah pic dia sekarang...
inilah teman akak gaduh, sembang , makan dan macam2 ..
menjaganya benar2 memberi kesabaran akak ...






Tuesday, June 3, 2008

I'm BACK

Assalamualaikum kawan kawan ..



Selamat bertemu kembali di alam maya ini...

maaf kerana terlalu lama menyepi.. saya masih disini .. masih sendiri .. masih mencari..

Actually terlalu banyak perkara nak cerita disini ... akak akan cuba bercerita satu persatu ... insyallah



About Adam

Adam sudah besar ... pejam celik sekarang umurnya dah nak masuk 5thn ... dah bersekolah tadika ... alhamdulilah ... adam juga sdh sihat dari penyakitnya .. ( nanti akak cerita yer )

sdh semakin petah berkata ... sdh pandai bergaduh.. sdh kenal huruf .. sdh mula mengeja walau tunggang langgang .. ala apa nak diharapkan pada budak berumur 5 thn kan... sdh pandai serba serbi ... sdh pandai membantu apa yang patut ... akak sungguh bangga dgn pencapaiannya



About Me

masih sendiri ,, hidup mesti diteruskan .. dah 5 thn akak menjadi ibu , ayah pada anak kku ... alhamdulilah setakat ini boleh lah survive.. akak masih bekerja di tempat lama ..rezeki pun makin murah .. akak bersyukur dgn segala kurniaanya



kawan .. kawan ...

akak akan kembali .. akan bercerita lagi yer ... selamat bertemu



chow cin chow