Wednesday, October 15, 2008

My true story Part 3

About Me :-
My true story part 3:-
Selepas kandungan akak mencecah 6 bulan akak menjadi semakin malas nak fikir pasal Ex.. dia dah buat rumah kami macam hotel jer.. balik sesuka hatinya .. bayangkan dalam keadaan yang mengandung, akak pergi kerja sendiri, pandai2lah akak nak g kerja. Nak makan pun guna duit sendiri .. sedih jangan ceritala kan .. tapi akak kena kuat… kena kuat utk bayi yang akak kandung ni.. nak menangis sudah kering airmata so akak kuatkan semangat..
Masa tu jugak akak sedar memang Ex memang dah semakin mengabaikan akak zahir dan batin ..Entahlah akak terfikir nak mengadu kat mak ayah akak di kampong tapi akak taknak susahkan hati mereka .. so akak pendam semuanya dalam hati akak .. akak hanya mampu melihat dan berdoa..
Masa tu jugak segala persiapan menyambut akak belum beli .. alhamdulilah akak ada menyimpan sedikit wang .. dan dalam sarat2 akak membeli belah sendirian .. akak tawakal dan redha jer lah.. masa tu melihat pasangan membeli belah bersama hati akak hancur dan luluh .. tapi akak harus tabah .. kerana akak tau semua ni baru permulaan
Alhamdulilah nasib akak baik sebab masa kerja ofismate akak treat akak special so cakaplah nak makan apa semua dapat .. alhamdulilah memang rezeki Adam kan
Ketika usia kandungan akak mencecah 32 minggu kerana stress yang melampau akak “bleeding” .. akak terus call mak akak di kampong .. syukur mak sudi menemani akak di sini .. akak diberi cuti sakit hingga 2 minggu so masa tu akak betul2 berlakun depan mak akak .. berlakun seolah olah tiada apa yg berlaku dan berlakun kononnya akak bahagia walau pada hakikatnya akak amat menderita …
Hinggalah kandungan akak mencecah 34 minggu akak bleeding lagi kali ini agak teruk dan sakit2 mula datang … masa tu Ex bekerja .. dan mak akak call suruh balik dan bawak akak ke hospital..
Di hospital selepas melakukan pemeriksaan akak dimasukkan ke wad .. dan doctor memberitahu akak akan melahirkan bila bila masa jer…selama 12 jam bergelut akhirnya akak selamat melahirkan adam melalui pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Taman Tun Dr Ismail ..
Selepas sedar Ex boleh bengang ngan akak kerana dia tak der duit nak bayar !!!! akak muka selamba cakap .. u ikhtiarlah … mana pergi duit u selama 9 bulan ni ?? dahlah makan pakai I u abaikan .. dahlah barang2 baby I belikan .. so ??? walau masa tu masih sakit kesan dr pembedahan akak dah nekad akak cakap “ u pandai2lah cari sendiri… Selama ni u tak pernah ambik tau pasal I dan anak I … dia berlalu meninggalkan akak
Selepas keluar wad.. dgn persiapan yang tak seberapa akak cuba melaluinya .. masa tu akak dah dapat rasakan hubungan ini akan berakhir tapi akak malas nak fikir dah..
Adam lahir cukup comel ( semua baby comel kan ) .. akak terlalu excited membelai dia .. mak akak lagilah habis sedara mara dia telefon bgtau betapa comelnya cucu dia .. huh u … excited sungguh .. cukup 5 hari akak sibuk ngan adik lelaki akak menulis beberapa nama yang sesuai dgn si adam nama yang akak betul2 berkenan masa tu “ Adam Haikal “ akak cukup suka nama tu .. so akak bg kat ex .. rupanya si setan ini telah meletakkan nama adam – Wan Muhammad Muzammil “ .. bayangkan perasaan akak masa tu .. frust jangan ceritalah .. dia boleh cakap “ suka hati akulah !!! “.. ho ho betapa setannya dia kan … tapi akak panggil juga Adam walau dlm surat beranak tertulis nama lain.. he he
Cukup Adam seminggu akak minta nak balik kampong sebab akak tak sanggup duk situ .. dahlah dia tak layan dan ambil tau pasal akak .. so akak nekad balik kampong .. mak akak balik dulu dgn bas membawa barang2 Adam ..
Dia belikan akak flight tiket.. masa antar ke KLIA ..dulu AirAsia kat sana kan .. bayangkan betapa jauhnya akak berjalan dgn keadaan yang masih sakit mendukung Adam yang masih merah Ex hanya ya menghantarkan akak hingga ke luar pintu masuk jer selepas tu dgn bayi yang masih merah akak check in sendiri.. nasib akak baik sebab bertemu dgn ofismate akak yg menghantar ibunya dan kebetulan menaiki flight yg sama dgn akak .. ibu dia yang mendukung adam masa itu .. dan ex akak terus hilang begitu sahaja .. tanpa kucupan sayang tanpa pesan dan hari itulah hari terakhir Adam melihatnya dan hari itulah hari terakhir akak mencium tangannya dan mulai hari itulah dia menghilang bersama pompuan sundal itu..
Melalui tempoh berpantang di kampung akak betul2 menguji katabahan dan kekuatan akak.. Ex tak pernah call, sms atau ambik tau ;pasal akak dan Adam .. adik beradik mak ayah , sedara mara dah mula bertanya pasal Ex .. akak malas nak rungsingkan kepala dan jiwa akak.. akak bernasib baik kerana mak da semua family melayan akak macam puteri .. he he .. masa adam lahir seminggu sebelum puasa so akak melalui tempoh berpantang ketika umat islam berpuasa .. huh !! mak akak pulak jenis yang very straight sangat2 .. makan catu .. akak kan operation so hari2 kena telan ikan haruan , makan pati gamat .. semua mendalah..seksanya tuhan saja yang tahu tapi akak ikut sebab akak tak nak mak akak berleter.. he he.. dan Ex akak terus menyepi ( rupa2nya tgh syok planning nak kawin ngan pompuan sial tuh !!!) .. ho ho
Akak masih ingat lagi akak call kat opis Ex bertanya kan pasalnya ..Staff dia cakap dia bercuti rupa2nya dia dok buat maksiat ngan pompuan tu

to be continue...

4 comments:

Filla said...

sabar kak yer... filla pon sabar jer baca citer akak ni.. mencabar tul biler kita mengadap situation mcm ni kan.. tp x per.. nasib adam ada.. comel lak tu... sedap jer tgk muker adam.. sumer masalah lebur jer!!!

izawani said...

Isk isk isk...

Sabor jer la...

zura aini said...

salam kenal
thru blog kak sya.

semoga berjaya membesarkan anak-anak menjadi para solehin. Amin. Take care ya.

...$weE+ 666... said...

akak mmg kuat... how i wish i can be strong just like u! hang tough sis! *hugs*